Cinta Bukan Kristal | Episod 27

  • Diupload pada 13 Sep 2018

    Setelah bertalu-talu tumbukan yang terkena, Syafiq memberitahu dan
    mempertahankan Aryana. Syafiq memarahi Faiz agar jangan sesekali menghina
    Aryana perempuan sedemikian rupa.
    Akhirnya Syafiq memberitahu rancangan Aryana dan nak tak nak, Faiz terpaksa
    memberitahu Hilman dan Sofea perkara yang sebenar.

    Cinta Bukan Kristal
    Oleh: Anggit Anggun

    27
    Mereka mencari Aryana di kampung namun Faridah memberitahu Aryana tidak
    balik kerana dia baru sahaja memarahi Aryana yang ingin batalkan perkahwinan.
    Sofea dan Hilman diam.
    Rupa-rupanya Dato Manan dan Datin Mahani merancang untuk menghantar Aryana
    belajar ke luar negara. Aryana bersetuju dan hanya menurut kata-kata ibu dan bapa
    angkatnya itu.
    Aryana memberitahu Sofea dan Hilman yang dia mahu menjadi manusia yang
    berjaya. Manusia yang tidak mengharapkan manusia lain untuk bahagia. Dia mahu
    Sofea dan Hilman mendoakan kejayaannya menjadi manusia itu.
    Dalam masa yang sama, Aryana memberitahu Syafiq bahawa jika ada jodoh antara
    mereka, tidak akan ke mana. Tapi buat masa ini bersabarlah kerana dia ingin belajar
    dan mencari bahagia yang nyata seperti nasihat arwah neneknya. Syafiq hanya
    tersenyum.
    TAMAT

    Tonton episod penuh di :
    http://www.tonton.com.my
    http://www.xtra.com.my

    Channel TV3MALAYSIA Official